Browse Exhibits (1 total)

Pameran Tokoh Ulung Cendekiawan Melayu

Pendeta Zaba_1.jpg

Pameran ini diadakan sempena Seminar Tokoh Ulung Cendekiawan Melayu yang bertujuan untuk mengenang dan menghargai sumbangan tokoh ulung cendekiawan Melayu dalam pelbagai bidang seperti sastera, budaya, pendidikan, dan sejarah. Seminar ini diadakan melalui kerjasama antara Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Sidek. Diharapkan pameran dan  seminar ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, budaya, dan warisan Melayu, serta menginspirasi generasi muda untuk mencontohi jejak langkah para cendekiawan ulung ini.